SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday 8 December 2013

Punca Ketidaksuburan Wanita

Salam sayang semua pembaca setia IrsyaHealthyHouse =)

Topik untuk hari ini adalah berkaitan tentang masalah dan punca ketidaksuburan yang mungkin mengganggu wanita yang sedang berusaha untuk mengandung di luar sana.

Tahukah anda, bahawasanya pada kehidupan masa kini, 11% daripada manusia mengalami masalah reproduktif dan berhadapan dengan ketidaksuburan pasangan. Jika anda berumur 35 tahun dan ke atas, tidak mencapai kehamilan selepas enam bulan mencuba perlulah berjumpa dengan doktor pakar perubatan. Manakala jika anda wanita muda yang belum hamil selepas setahun mencuba, juga harus mendapatkan khidmat doktor.

Terdapat beberapa sebab dan masalah mengapa ini semua berlaku. Antaranya:

1. Terlalu obes
Disebabkan peningkatan berat badan yang sering berlaku secara mendadak setelah berkahwin dan secara tidak langsung pusingan kitaran haid turut mengalami gangguan. Masalah ini akan membuatkan mereka langsung tidak subur ataupun kurang subur kerana persenyawaan tidak berlaku disitu.

2. Gangguan pada pangkal rahim atau Cervical Mucosa (CM)
Ini berkaitan dengan mukus pangkal rahim yang tidak mencukupi. Mukus adalah konsep yang sangat diperlukan kerana sperma dipelihara oleh CM dan juga dibawa oleh CM. Satu lagi masalah yang boleh ditentukan adalah dengan pemeriksaan CM apabila wanita alah dengan sperma lelaki. Ini secara tidak langsung akan merosakkan dan memusnahkan sperma itu sendiri.

3. Endometriosis/ tisu dari selaput dalam rahim tumbuh di luar rahim
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam raim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid

Oleh itu, campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid. Gejala-gejala biasa yang sering dialami oleh pesakit endometriosis antaranya inflamasi, sakit ketika haid, haid yang banyak, ketulan darah yang besar, ovarian cyst, sakit ketika buang air besar, darah berketul-ketul sebelum haid, pendarahan yang luar biasa, ketidaksuburan, senggugut yang teruk di pengakhiran haid, sakit di bahagian ari- ari dan sakit ketika bersama pasangan.

4. Gangguan pada hormon
syndrome polycystic atau PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menjejaskan keupayaan wanita untuk hamil. Wanita yang mempunyai PCOS menghasilkan lebihan hormon lelaki iaitu androgen seperti testosteron dalam ovari. Ovari polisistik terbentuk apabila terdapat banyak sista yang wujud dalam corak bergugus yang teraturdengan sendiri, malah kelihatan seperti segugus buah anggur. Sista ini merupakan folikel yang gagal untuk membesar dan tidak mengeluarkan ovum atau tidak mengalami pengovulan. Saiznya berukuran sebesar 2-8 mm sahaja.

Tanda sindrom PCOS ini termasuklah haid tidak teratur, berat badan berlebihan (obes) dan ciri hormon androgen berlebihan dalam badan. Selain itu, penyebab wanita penghidap PCOS ialah faktor genetik atat keturunan, kegagalan pengovulan kerana tekanan perasaan dan diet yang salah, kegagalan badan untuk bertindak balas dengan insulin dan kerintangan insulin.

Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti berisiko lima kali ganda untuk mendapat kanser rahim, tiga kali ganda untuk mendapat kanser ovari, mudah mendapat penyakit diabetes dan mempunyai masalah sukar untuk hamil.

5. Gangguan ovulasi
Wanita perlu mengeluarkan telurnya untuk proses ovulasi. Proses ovulasi terjadi apabila sperma telah melekat di dinding rahim. Apabila ini berlaku maka terjadilah proses persenyawaan antara sperma dan ovum. Jika berlaku gangguan antara salah satu proses di atas maka ini menyebabkan berlakunya gangguan pada ovulasi tersebut. Faktor-faktor lain yang menyebabkan gangguan ovulasi adalah penggunaan alkohol, makan yang berlebihan dan lain- lain.

6. Penyakit/ kemusnahan saluran tiub fallopian

Penyakit kelamin boleh menyebabkan kerosakan pada tiub. Antara penyakit tersebut adalah chlamydia atau gonorrhea. Tiub mungkin juga telah rosak semasa pembedahan sebelumnya apabila ektopik memerlukan pembedahan dan tiub tidak boleh di simpan ataupun telah rosak disebabkan kehamilan ektopik. Endometriosis juga boleh merosakkan tiub.

7. Gangguan rahim
Rahim adala tempat di mana janin membesar. Janin memerlukan tempat yang cukup sempurna untuk pembedahan yang normal. Fibroid adalah ketumbuhan di mana ia berlaku di dalam rahim. Kebanyakan masalah rahim boleh dirawat dengan kaedah pembedahan.

Credit to, Dr. Rushmini Maris Bt. Ismail, Majalah Wanita

Saya juga ingin mengesyorkan kepada semua, yang sedang berikhtiar untuk hamil agar mencuba 
SET KESUBURAN SHAKLEE ...
 in shaa Allah, mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan anda!

Dapatkan FREE CONSULTATION anda sekarang.

Hubungi saya di...
email | irsyahealthyhouse@gmail.com
sms/ whatsapp | 012-9362692

note:
 setiap pembelian dengan saya, anda akan diberikan jadual makan supplemen dengan betul dan saya akan guide cara pengambilan anda. Disamping itu juga, semestinya saya akan share kan tips- tips ekslusif di dalam secret group, hanya untuk pelanggan saya sahaja.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...