SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 18 July 2014

Apa Maksud CPC dan CPUV Dalam Nuffnang

CPUV? CPC? Apakah???!

Mungkin anda masih baru dalam Nuffnang, begitu juga saya. Apa yang saya tahu, Nuffnang adalah antara lubuk para blogger menjana pendapatan melalui blog. Sebenarnya bukan hanya Nuffnang tetapi ada juga beberapa syarikat pengiklanan yang lain. Dulu saya tak faham macam mana Nuffnang boleh menjana pendapatan.Kemudian selepas saya mendaftar Nuffnang ini baru saya lebih faham konsep yang dijalankan.

Jom saya kongsikan info serba sikit mengikut kefahaman saya.

CPUV : Cost-Per-Unique-Visit.
CPUV ini dikira berdasarkan unique visitors yang masuk ke blog kita. Cara Nuffnang kira unique visitor ni apabila IP address berlainan masuk ke blog kita.

Contoh:
Ainan Tasneem di Perlis, Najwa latiff di Selangor, Neelofa di Korea dan Siti Nurhaliza di Kedah. Mereka semua sedang online dan sedang melayari laman blog Irsya Healthy House ini. Mereka ini adalah 4 unique visitors daripada IP address yang berlainan.

Tapi kalau guna 1 komputer yang sama, ia tidak dikira sebagai unique visitors. Ia hanya dikira sebagai 4 pageviews.

Jika anda telah berjaya mendapat tawaran CPUV, perlu meningkatkan trafik blog. Antara aktivi yang boleh dilakukan dengan blogwalking ke blog lain atau kalau berkesempatan boleh juga buat segmen giveaway dan sebagainya. Itu semua adalah untuk memastikan trafik blog meningkat dari masa ke semasa.

Status on-going di CPUV bermaksud kempen iklan itu sedang berjalan di blog. Jika tertera creditted, bermakna kempen tersebut telah berakhir dan earning telah pon dikredit masuk dalam akaun Nuffnang kita.

CPC : Cost-Per-Clik
Bagi yang berstatus Gliteri di akaun Nuffnang, akan mendapat RM0.25 setiap per klik. Manakala status ordinary hanya RM0.15 per klik.

Dah tahu serba sedikit, jom daftar Nuffnang sekarang. Dah lepas daftar boleh tengok Tutorial Cara Letak Iklan Nuffnang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...