SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Monday 7 July 2014

Buffet Ramadhan Menara Alor Setar 2014

Rakan-rakan saya ada beritahu yang 10 ramadhan terawal ni ramai yang rajin memasak untuk waktu berbuka dan waktu bersahur. Lepas tu pada 10 ramadhan keatas, rasa rajin makin berkurang sehinggalah ke penghujung ramadhan. Betul ke?

Kalau rasa 'kurang rajin nak memasak, anda boleh mencuba buffet Ramadhan di Menara Alor Setar ini. Untuk dewasa, RM57 dan kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun hanya dikenakan caj RM28. Harga buffet ni dah termasuk harga tiket tau.

Kalau korang berminat boleh terus pergi ke Menara Alor Setar, di bawah tu nanti ada kaunter khas Restoran Berputar ni. Anda boleh buat bayaran disitu, mereka hanya terima cash only. Menu dia berubah setiap hari, boleh refer gambar dibawah ini. Atau nak lebih details boleh hubungi nombor seperti yang tertera.

buffet ramadhan 2014 menara alor setar
klik gambar untuk lebih jelas

Untuk booking anda boleh menghubungi mereka :

012-471 7332 / 013-505 0441

Selamat Berbuka Puasa :)

Nota kaki : Alhamdulillah merasa jugak saya nak makan di restoran berputar ni, sebab en.suami ajak dan surprise sempena birthday saya. Tunggu next entry okay. So far makanan dia okaylah, banyak jenis tapi mungkin hari yang kami pergi tu menu dia 'kurang gempak', banyak sangat makanan berkuah. Hehe. Bukan komplen cuma bila kita makan di tempat eklusif macam ni haruslah expectation kita tu agak tinggi kan. Mungkin boleh diperbaiki untuk masa akan datang. :)
Thanks pada en.suami yang sudi bawak dan pada crew Restoran Berputar 360' Menara Alor Setar yang sama-sama menjayakan 'surprise' Birthday.

P/s : Anda ada tempat menarik untuk dikongsi? Jangan lupa tinggalkan komen.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...