SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Tuesday, 8 July 2014

RESEPI : Cara Buat Laksam yang Mudah dan Sedap

Resepi ini perkongsian daripada rakan facebook saya, cara buat laksam yang mudah dan sedap ;)


Resepi laksam (12 gulung)
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tpg gandum
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar

* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..
*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..
Air paip dialirkan pada bahagian bawah periuk setelah laksa tu masak supaya mudah dikluarkan dr loyang

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..
*kukus lagi adunan laksam tadi shingga habis..



Kuah laksam 6 orang makan

  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur


* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 
* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 
* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Dihiris halus :
  • ulaman
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • kobis


Sambal laksam :
Semuanya kisar/tumbuk halus
  • sambal lada
  • sedikit belacan
  • lada merah
  • cili api merah
  • garam sikit 

sedapnya...laksam ;)

Selamat Mencuba
Selamat Menjamu Selera




20 comments:

  1. salam. nak tumpang share..nnt nk cuba buat..suami suka laksam..

    ReplyDelete
  2. salam....... saye bru cube resepi ni.. MANTOWPS!!! Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. akhirnya jumpa juga resepi mudah buat laksam gulung ... insha allah akan cuba nanti ... thanks share

    ReplyDelete
  4. Tgk pic pon dh terliur..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    thank u share this recipe. akhirnya jmpa cara tak bg laksam melekat :-)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  6. Nice,,,,hidangan rumah terbuka,,,

    ReplyDelete
  7. Nak tanya..minyak tu campurkan skali dgn bahan2 lain @ utk sapu pada loyang?

    ReplyDelete
  8. Terbaik, tq for kongsi resepi ni...

    ReplyDelete
  9. Terbaik, tq for kongsi resepi ni...

    ReplyDelete
  10. Mcm mana nk gulung bg cantik cm tuan tanah ni...ada tips dak?

    ReplyDelete
  11. Orng pntang boleh mkn lksam.. tp laksa tk bagus.. nape gitu.. bhan same je kn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...