SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 30 December 2015

Pengalaman Hantar Anak ke Tadika

Minggu-minggu terakhir sebelum 2015 menutup tirai, rasanya keadaan di rumah agak sibuk dari kebiasaan. Kebetulan suami pula tidak dapat cuti,kerana dalam mode stanby, maka hasrat hati untuk pergi melancong terpaksa dipendam dahulu.

Tahun 2016, si kakak akan memulakan sesi persekolahan. Saya risau juga andai dia tak dapat nak menyesuaikan diri. Maklumlah, saya bekerja dari rumah. Jadi banyak masa dan kehidupannya hanya bersama saya dan ahli keluarga.

Nasib baik pihak Tadika yang kami pilih baik hati memberikan tempoh percubaan selama tiga hari. Sekurang-kurangnya dia boleh biasakan diri dengan cikgu dan kawan-kawan sebelum mula persekolahan tahun depan.

Hari pertama, si kakak nampak teruja nak pergi sekolah. Bila sampai depan pintu tadika lain jadinya, si kakak buat drama air mata. Fuh! Waktu tu kesian pun ada. Hati seorang ibu yang kandung dan melahirkan dia pasti sedikit sebanyak tersentuh hati bila lihat keadaan dia macam tu. Ishkk mama ni pon. Haha!

Rasa hiba tu ada tapi hati mama pon kena kental juga tau. Kemudian saya pon tinggal kan dia dengan cikgu dan kawan-kawan baru. Saya tak tunggu sebab saya tau dia macam mana, menangis kejap aja. Cuma kalau berlarutan saya minta cikgu telefon saya.

Sesi persekolahan si kakak hanya separuh hari. Tengah hari tu saya ambil dia, nampak dia seronok main dengan kawan-kawan.

Hari kedua, pagi hari lagi nampak keterujaan dia nak pergi sekolah. Mungkin dia rasa seronok dapat kawan baru. Mama pon rasa lega kalau anak seronok nak pergi sekolah. Cuma hari ini, dia dah tak bawak botol susu. Minum siap-siap di rumah, sebab semalam bawa langsung tak terusik. Seronok bermain agaknya.

Ingatkan pagi ni tak ada la lagi adegan air mata, rupanya sangkaan mama tersilap. Haha.

Hari ketiga, pagi ini banyak betul akal dia bila kita ajak pergi sekolah. Mula-mula nak suruh grandma hantar, lepas tu nak walid pula... anak oohh anak.

Akhirnya, Walid yang pergi hantar kakak sekolah. Sementara mama di rumah sibuk menguruskan si adik yang kurang sihat.

10 minit kemudian. Keluar berdua, balik pon berdua! HAHA.
kesimpulannya hari ketiga si kakak tak pergi sekolah.

Sementara nak serasi, sabar je lah melayan karenah si kakak yang mungkin bakal menangis setiap pagi. Doa saja yang baik-baik untuk anak :)

Wednesday 23 December 2015

4 Langkah Mudah Buang Kulit Mati dengan Skrub Herba

Esok cuti ! Yeahhh

Waktu untuk ibu bapa berehat panjang sedikit bersama anak-anak. Mesti ramai yang merancang untuk meluangkan masa dan buat pelbagai aktiviti dengan ahli keluarga sebelum sesi persekolahan Tahun 2016 bermula.

Tapi sebelum itu, jom malam ni kita sental kulit mati, daki dan kecutkan jerawat yang ada. Esok nak berjalan biarlah muka nampak lebih segar dan lebih flawless.

Nak ke spa tak sempat, tips ni boleh saja buat sendiri di rumah, sambil-sambil tengok televisyen dan lipat kain tu kan. Bahan pon saya gunakan apa yang ada dirumah. Tak perlu nak petik-petik daun kat luar rumah, tak perlu nak bersiap ke spa. Hanya di rumah.


skrub


Bahan-Bahan:

  • 5 Biji Alfalfa
  • Madu



Cara cara:

  1. Biji alfalfa ditumbuk halus sedikit
  2. Gaulkan serbuk alfalfa dengan satu sudu madu
  3. Setelah adunan sudah rata, boleh ambil dan gosokan di muka anda
  4. Biarkan sehingga kering kemudian bilas


So macam mana, mudah dan senang sangat kan tips ni.
Pasti anda terasa kulit wajah anda lebih ringan dan lebih segar berbanding sebelum ni.
Jangan lupa, cuba tips yang saya kongsikan ni tau :)

Wednesday 16 December 2015

Tips Mudah Bersalin Normal




Tips Mudah Melahirkan Anak Secara Normal.


Semakin hampir dengan tarikh dijangka bersalin, bakal ibu dan bapa pastinya rasa tak sabar dan teruja untuk menyambut kelahiran 'orang baru' dalam keluarga. Dalam keriangan itu, pastinya emosi si Ibu juga sedikit gemuruh untuk menghadapi saat-saat kontraksi dan kelahiran tersebut.

Ada banyak petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil untuk memudahkan proses bersalin. Antaranya ibu hamil boleh amalkan tips yang saya kongsikan ini:

Petua Mudah Bersalin Normal
gambar: google


Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Ada sesetengah orang tua kata minum air kelapa, nanti anak lahir bersih. Wallahualam.

Makan kurma
Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan memakan kurma. Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Ia juga berperanan membekalkan tenaga ketika ibu sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Telur Ayam
Untuk memudahkan bersalin, ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentag setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. Inshaallah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak kelapa dara
Amalkan minum satu sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Lendir yang ada pada bendi dipercayai dapat memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika melahirkan. Sebelum makan, pastikan ia direbus terlebih dahulu ya.

Klik untuk lebih info dan petua melahirkan bayi dengan mudah


Sepanjang saya mengandungkan anak pertama dan kedua, saya memang mengamalkan petua ini kecuali makan telur ayam kampung tu. Rasa tak lalu pulak kalau nak kena telan mentah-mentah macam tu. Kalau awak rasa lalu nak telan, apa salahnya cuba, boleh kongsikan apa rasanya nanti ;)

Selain saya amalkan petua untuk memudahkan proses kelahiran ini, saya juga turut amalkan pengambilan vitamin ketika hamil. Itu antara usaha saya bagi memastikan anak yang saya kandungan ini sihat dan sempurna. Selebihnya itu urusan Allah taala.
comelnya baby....
sumber: google

Malah sebelum saya melahirkan anak kedua, saya masih sempat membancuh ESP Shaklee untuk diminum agar saya tidak kelaparan di dalam wad bersalin (labour room) dan sekaligus ianya dapat berikan saya tenaga segera dan kudrat untuk 'berjuang' dalam melahirkan seorang lagi khalifah Allah.

Hasilnya, tak sampai 15 minit saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah.

Wednesday 9 December 2015

4 Petua Tradisional Hilangkan Ruam pada Muka dan Kulit Bayi

Cara Menghilangkan Masalah Ruam pada Muka dan Kulit Bayi Anda





Ramai ibu bapa yang berhadapan dengan masalah kulit bayi yang mengalami kemerahan dan kasar pada bahagian pipi, dagu, leher, punggung dan anggota yang lain. Kulit bayi terutamanya bayi yang baru lahir sangat sensitif pada persekitaran mereka.

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman seorang ibu yang nak mengatasi masalah ekzema anaknya. Kali ini saya ingin berkongsi pula petua menghilangkan masalah ruam di muka dan kulit bayi yang mungkin terjadi disebabkan oleh ruam panas, ruam susu atau ruam lampin.



Ruam yang terjadi akan menyebabkan bayi anda merasa kurang selesa. Malah ada kalanya sangat mengganggu emosi mereka kerana terpaksa menahan gatal dan pedih terutamanya jika terjadi ruam di bahagian muka dan punggung. 

Cara mudah hilangkan ruam bayi


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi yang bermasalah ruam di bahagian pipi, dinasihatkan agar membersihkan dan mengelap bahagian muka atau pipi bayi dengan kain lembap selepas menyusu untuk mengelakkan terjadinya ruam susu atau kurap susu.

Selain itu, beberapa petua tradisional yang saya dapat hasil dari pembacaan dan perkongsian pengalaman rakan ibu yang lain untuk hilangkan ruam pada muka bayi. Bolehlah cuba, mana tahu berkesan untuk anak anda.
  • Ambil kelapa yang sudah diparut. Letak dalam kain dan gosokkan atau tuam pada bahagian ruam.
  • Ada juga yang berpendapat, air liur ibu mujarab untuk mengatasi masalah ruam susu ini. Ibu perlu jilat bahagian yang terkena ruam itu dan biarkan sehingga kering. Kemudian lap la yer air liur tu..hihi
  • Gunakan minyak kelapa dara, sapukan pada bahagian ruam.
  • Sapukan bedak sejuk atau boleh gunakan tepung ubi dan letakkan di tempat ruam.

AMARAN: Saya tidak pernah amalkan petua ini jadi saya tidak pasti tahap keberkesanannya. Apa yang saya kongsikan adalah dari pengalaman ibu-ibu lain.

Tak salah nak cuba, tapi pendapat saya buat apa nak susah-susah dan ambil risiko dengan menyapu air liur atau lipstik pada tempat ruam. Kulit bayi sensitif, air liur kita ni ada bakteria dan lipstik tu dibuat dari bahan yang kita sendiri pon tak pasti.

Alhamdulillah...anak-anak saya tak pernah kena ruam yang terlalu teruk. Paling tidak pon hanya kena ruam lampin mungkin disebabkan tak sesuai dengan pampers tersebut atau terlambat tukar. Jika anak saya kena ruam, saya cuma sapukan krim herbal blend saja. Inshaallah dua tiga hari kemudian semakin pulih. Bukan ruam je saya sapu krim tu, kena gigit nyamuk, gatal-gatal, naik bintik merah, luka, kulit kering dan anak kena air panas pon saya guna krim shaklee ni je.

cara rawat atau hilangkan ruam susu lampin bayi dengan cepat dan selamat


Kalau korang nak tau bukan anak je pakai krim shaklee ni, mama dan papa dorang pon tumpang sekaki sekali.. Opsss! Haha. Maklumlah pengalaman mengandung anak kedua kena alahan gatal-gatal habis satu badan.

Lagipon guna krim ni senang je nak bawak pergi mana-mana. Standby dalam handbag atau beg diapers anak je. Kalau guna cara tradisional tu takkan la nak usung tepung ubi tu sana sini kan. Haha. Mama tak rajin yer ^__^

Lotion Herbal Blend untuk hilangkan ruam di muka dan kulit bayi

Krim Herbal Blend ini turut mendapat jolokan nama sebagai krim ajaib kerana fungsinya boleh digunakan untuk semua masalah luaran berkaitan kulit dan berkesan. Sejak anak-anak saya lahir tidak pernah saya sapukan mereka dengan krim lain kerana bimbang mengandungi steroid.

Tahu tak krim yang mengandungi steroid memang berkesan tetapi ada yang beri kesan sehingga menipiskan kulit bayi. Jika ada pilihan yang lebih baik dan lebih selamat, kenapa kita tak cuba kan ^__^

Nak tahu apa yang best sangat krim herbal blend ni?

  • Bau yang best, fresh dan bau menthol... tak bau macam ubat hospital atau wangian yang berlebihan. 
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit jadi lembut dan rasa lembap je, tapi bukan rasa berminyak ye.
  • Satu tiub tahan agak lama juga. Selalunya saya guna beberapa bulan. Ada juga yang pakai sampai setahun! Haha. Konsepnya, banyak awak picit dan guna cepat la habis. Tapi kalau sapu siki-sikit tu inshaallah bertahan la 4-5 bulan. Kalau tak pernah guna, makanya tak habi-habis la yer... (gurau je. hehe)
  • Ada ujian klinikal. Apa yang awak baca pasal krim Herbal Blend ini bukan hanya testimoni ye, tapi Shaklee telah pon menguji tahap keberkesanannya.
  • Berkesan. So far sepanjang saya menggunakan krim shaklee ni memang berkesan. Walaupun bukan krim ajaib, sapu..sapu terus hilang. Tapi sekurangnya tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang sebab tidak menipiskan kulit yer.
  • Free Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya. Selamatlah untuk anak-anak anda terutama yang masih bayi tu kan, sebab kandungannya dari bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary.

Krim shaklee ni sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan tau. Kalau tak percaya bacalah sendiri feedback ibubapa yang sangat berpuas hati dengan Shaklee Herbal Blend.

Okeylah kakak takmau cakap banyak. Benda bagus untuk anak-anak memang kena share dan sebab krim ni sangat banyak permintaannya, kerap sangat sold out. Sementara masih ada stok, cubalah sekarang. Memang tak rugi, percayalah.

Belian secara online guna kad debit atau kredit, klik: Krim Herbal Blend.

Atau boleh whatsapp 012-9362692. Penghantaran seluruh Malaysia dan perkhidmatan COD available bagi kawasan Changlun, Universiti Utara Malaysia (UUM), Jitra, Alor Setar, Sungai Petani dan Arau.

Wednesday 2 December 2015

Rahsia Badan Bertenaga di Usia Emas

Kebanyakan orang tidak menagamalkan pemakanan seimbang, berzat dan dalam jumlah yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan. Badan menjadi lemah lesu, kurang bertenaga dan mudah letih dan penyakit menjadi masalah kesihatan jika kekurangan zat dan vitamin berterusan.

Oleh itu, mengamalkan supplement dan vitamin mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua.

Sesetengah orang pula perlu zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka termasuk yang mengandung, yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sakit sendi), perokok, mereka yang aktif secara fizikal dan yang berumur lanjut.

Berikut adalah cadangan tambahan zat, supplement dan vitamin yang dicadangkan diambil bersama dengan makanan harian.

1. Ambil sekurang-kurangnya 2 vitamin anti-oksidan.

Anti oksidan menolong meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh, penyebab kepada penyakit kronik. Vitamin C (250-500mg) dan vitamin E (200-400iu) sehari boleh membantu mengawal radikal bebas. Selain dari kesan radikal bebas, vitamin C dan E juga membantu dalam melindungi dari penyakit jantung, kanser tertentu dan katarak.

Memakan buah dan syuran setiap hari boleh membekalkan vitamin C secekupnya tetapi vitamin E sukar diperolehi dari makanan harian dengan cukup.

2. Tambah kalsium setiap hari

Kurang pengambilan hasil tenusu mengurangkan bekalan kalsium untuk keperluan harian. Supplement kalsium setiap hari memastikan tulang tidak mudah rapuh dan patah apabila umur semakin meningkat terutamanya untuk perempuan.

Pengambilan untuk perempuan lebih baik dimulakan sebelum putus haid untuk memastikan bekalan kalsium cukup.

3. Perempuan dalam umur boleh mengandung mengambil Folate.

Folate 400ug mengurangkan risiko spina bifida dan kecacatan lain bagi bayi dalam kandungan. Ia juga melindungi kepada kanser pangkal rahim dan kanser colorectal dan paru-paru. Folate boleh melindungi dari penyakit jantung.

4. Umur tua dan kurang makanan seimbang

Kebanyakan orang tua dan mereka yang kurang memberi tumpuan kepada makanan seimbang amat digalakkan mengambil vitamin dan supplement. Masalah resapan nutrient didalam usus tidaklah sebaik orang muda dan kecekapan badan untuk memproses nutrient juga kurang.

Kekurangan zat yang ketara pada yang berumur adalah vitamin C, D, B6, B12 dan Folate. Kekurangan ini termasuk juga pada mineral seperti Zink, Magnesium dan Kalsium boleh menjadi masalah kesihatan jika kurang didalam badan orang tua yang sememangnya kurang kandungan makananya.

5. Lain-lain kumpulan yang perlu mengambil tambahan zat dan vitamin.
Perempuan yang masih datang darah kotor (perlu zat besi tambahan), yang hanya makan sayuran (vegetarian perlu tambah vitamin B12), yang sengaja kurang makan (mengamalkan diet) atau makanan kurang seimbang digalakkan mengambil tambahan supplement, vitamin dan mineral.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...