SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 19 August 2016

Dapatkan Rawatan Kesuburan Setelah 5 Tahun Berkahwin, Akhirnya Doktor Sahkan Menghidap Barah Rahim

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarkan janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu:
  • selaput dinding rahim ataupun endometrium
  • dinding rahim, terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma

3 Jenis Kanser Rahim:

  1. Endometrium (Selaput dinding rahim)
  2. Leiomyosarcoma, kanser berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma
  3. Karsinosarkoma, kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim.

Ikuti kisah Puan Amelia yang berusaha dapatkan rawatan untuk kesuburan namun akhirnya, setelah pemeriksaan lanjut doktor sahkan beliau menghidap barah rahim.

"Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil setelah lima tahun berkahwin. 
Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim. 
Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembuangan rahim."

"Kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim".-Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr.Andi Anggeriana Andi Asri, 

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Tanda-Tanda Barah Rahim

  • Mengalami pendarahan selepas melakukan hubungan seks (postcoital bleeding)
  • Keluar lendir berdarah dari kemaluan
  • Pendarahan dipertangahan kitaran haid
  • Pendarahan selepas monopos (putus haid)
  • Hilang selera makan yang teruk
  • Hilang berat badan mendadak
Jika anda mengalami gejala atau tanda seperti ini, dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk pemeriksaan segera.

Rawatan Barah Rahim


Biasanya terdapat 3 jenis rawatan iaitu
  1. Pembedahan
  2. Radioterapi
  3. Kemoterapi
Bagaimanapun, doktor akan memberi kaunseling kepada pesakit mengenai setiap rawatan yang dipilih dan bersesuaian dengan keadaan pesakit tersebut.

Namun, untuk rawatan kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Manakala kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

Untuk mengesan dan mencegah kanser rahim daripada terjadi dan merebak, anda dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan pap smear setiap tahun. Selain itu, boleh juga mengamalkan gaya hidup sihat dan jangan bertukar pasangan.

Sekiranya, anda mempunyai risiko besar untuk mempunyai kanser rahim akibat keturunan, saya sarankan agar mencuba supplemen yang bersifat antioksidan seperti Vivix yang kaya dengan resveratrol.



Bagi anda yang berminat untuk dapatkan vivix boleh hubungi saya di talian 012-9362692.




Rujukan:
1) http://www.hmetro.com.my/node/18060

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...